TKelas Nadi X Mahir – Mahir Foto Minggu 16
28 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 27 April 2026 – Kelas Mahir Foto bagi minggu ke-16 telah diadakan di NADI Bengoh secara dalam talian, dari pukul 3:00 petang hingga 4:30 petang. Program ini telah disertai oleh seorang peserta tempatan yang berminat untuk mempelajari asas penghasilan kandungan digital secara lebih berkesan.
Topik untuk kelas Mahir Foto minggu ke-16 menerusi Silibus 3: Content Creation Modul – Pengenalan Content Creation & Social Media. Sepanjang sesi berlangsung, peserta telah diperkenalkan kepada konsep asas penciptaan kandungan atau content creation, termasuk kepentingan menghasilkan kandungan yang kreatif, menarik dan bersesuaian dengan sasaran audiens di platform media sosial. Peserta turut diberi pendedahan mengenai penggunaan platform popular seperti Facebook, Instagram dan TikTok sebagai medium untuk berkongsi kandungan secara efektif.
Selain itu, sesi ini turut memberi penerangan mengenai teknik asas merancang idea kandungan, mengenal pasti trend semasa serta kepentingan etika ketika menggunakan media sosial. Program ini diharapkan dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran digital serta membuka peluang untuk memanfaatkan media sosial sebagai platform pembelajaran dan pembangunan diri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: